Program Webinar Nadi X Cybersecurity
1 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 30 November 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang telah berlangsung di seluruh negara. Pihak Sekretariat NADI X Cybersecurity telah menganjurkan Webinar Keselamatan Siber yang bertajuk Jejak Siber: Mengenal Serangan Dunia Siber. Program webinar ini mensasarkan peserta dalam kalangan pelajar sekolah menengah berumur antara 13 hingga 17 tahun.
Webinar ini telah berlangsung selama 1 jam 45 minit, bermula dari pukul 10:30 pagi sehingga 11:15 pagi yang telah disertai seramai 3 orang pelajar dari SMK Siburan dan 100 lebih peserta lain dari NADI yang berbeza di seluruh Malaysia.
Tujuan utama webinar ini adalah untuk memberikan pendedahan asas mengenai keselamatan siber yang direka khusus untuk memperkasakan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang ini. Komitmen daripada petugas NADI adalah dipinta untuk mengenal pasti dan mendaftarkan pelajar sekolah menengah berumur antara 13 hingga 17 tahun dari komuniti NADI atau persekitarannya yang berkomitmen untuk menyertai webinar ini.
Daripada webinar ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang jejak dunia siber dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah siber yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: